12 Disember 2014 - 08:38
Dua terkorban, 30 mortar hujani Karbala semalam

30 mortar dilancarkan pengganas ISIS sejak semalam. 2 orang dilaporkan terbunuh manakala 4 yang lain cedera.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Sumber berita dari Iraq melaporkan beberapa serangan mortar terjadi di Karbala. Menurut sumber tidak rasmi kumpulan pengganas ISIS telah memberi amaran untuk menyerang kota yang terdapat makam Sayyidina Husain tersebut sejak pagi. Namun amaran tersebut disambut dengan laungan slogan Labbaika Ya Husain (Kami sahut seruanmu ya Husain). Pada pukul 2 pagi, satu letupan menggegarkan Barat Karbala. Tidak lama setelah itu, polis Karbala berjaya menghentikan sebuah van yang membawa pelancar roket bahu dan mortar.

Televisyen Iraq melaporkan serangan hanya terjadi di pinggir kota Karbala dan beberapa mortar dikesan jatuh di padang pasir. 30 serangan mortar dilaporkan sejak malam tadi.

Portal berita Shafq News melaporkan 2 orang terbunuh manakala 4 yang lain cedera.